
 posted at: Monday, 27 January 2014 | 8:02 pm | 0 Love!  | Your Opinion? 
Ayah memberi mesej yang padu pada diri ini disaat aku baru bangun dari tidur. Air mata seperti mahu tidak mahu keluar kerana ego yang membukit dalam diri ini. Aku anak sulung yang pertama belajar jauh. Kulim, kedah. Di situ aku berada kini. Telok mas, melaka. Keluarga aku di situ. Jarak yang beratus kilometer memisahkan kami. Apabila sedih dan kemudiannya dengar lagu sedih itu sama rasanya seperti mengguris luka yang belum sembuh menggunakan sebilah pisau. Kesedihan itu bertambah teruk pabila tiada siapa yang mendengar tangisan kesedihan hati ini. Helaian helaian perit ini akan ku simpan satu persatu sehingga menjadi buku. Pabila lengkap menjadi buku, ku buang jauh ke dasar laut supaya tiada siapa yang tahu. Derita aku ini. Biar aku saja yang tahu.

 
 : See you soon...!
Skin by; 
 
 
 I'm a kitten Lover that sleeping much and having a bad temper!
♡ My favorite color is purple and I love drinking Hot chocolate.   Anyway ... I'm Eternally in love with the sky. Normal my way.
 



0 Comments:
Post a Comment
Back to the Blog?