G

A

R

E

K

I

Hello Dude! Welcome to my Blog!
The place where I keep my secrets!
I'm just a man who loves
Anime, Japan
I hope you enjoy the journey through my life and adventures!
and do not leave without comment! Thanks for the visit
Follow + Dashboard
: See you soon...!


|
K∀RNEV∀L

Bakal isteriku
posted at: Monday 25 June 2012 | 3:35 pm | 3 Love! | Your Opinion?




Hey future wife, where are dear ! Jangan main sorok sorok boleh tak ? Dah bertahun saya carik awak. I think i really need you now..


Dear future wife yang di cari cari,

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. Hai awak ! Ni saya ni, bakal suami awak. Bakal ketua keluarga. Bakal yang bakal memberi awak anak. *gelak comel* Kalau kita jumpa satu hari nanti boleh tak kalau saya nak tanya kenapa awak suka sangat main "HIDE AND SEEK". Dulu masa sekolah rendah pernah belaja pasal poem hide and seek. Adakah di sebab kan poem tu awak ber Hide and seek dengan saya ? Kenapa ? DAN MENGAPA ? awak sembunyi dari saya begitu lama ya ? *SIGH*
Awak, kalau awak nak tahu saya tak berapa nak kisah rupa awak macam mana. *sebenarnya kisah*  Saya tidak mengharapkan awak secantik IZARA AISHAH *kalau boleh lebih cantik* tetapi Saya sangat berharap awak tidak seburuk Abon maharajalawak memakai tudung.  Sangat la sadis sekiranya awak berupa seperti abon . Kalau sebab rupa awak yang macam abon tu lah awak sembunyi kan diri. BETTER TAK PAYAH MUNCUL ! SERIOUSLY TALK ! Tetapi kalau awak tidak seperti abon tu saya harap awak boleh terima saya yang macam OS ni. *gelak* Saya sedikit demand dalam bab memilih isteri. Ehh, siapa tak demand kan kalau nak isteri ? Nak makan pun nak sesedap kan ? Takan isteri nak bingai je kan ? Kalau isteri bingai sampai lapan keturunan la keluarga aku bingai. So ada beberapa benda yang saya nak bangkit kan di sini. Hope awak baca dengan penuh kesabaran. Ready your pop corn with a bottle of water. Maybe panjang kot yang saya nak tulis ni.

PESAN MAK

Mak selalu cakap "Along kalau nak carik bakal isteri carik yang bertudung" Mak cakap macam ni, dan saya tak kisah kalau sekarang ni awak tidak bertudung. Tetapi ketika kahwin nanti saya berharap sangat awak  berubah. Bukan berubah kerana saya. Tetapi awak berubah kerana tuhan. Mak cakap kalau isteri tak pakai tudung suami pun menggap je *bahasa melaka* Memang neraka tempat kau ! Tu mak cakap la. Awak nak ke neraka ? Sana panas taw. Macam sauna tapi lagi panas. Kalau awak nak, awak pergi la sorang. Jangan ajak saya please...

TYPO

Satu kelamaha saya yang patut awak tahu. Saya sering typo. Hope nanti bila saya sent text kat awak and kebetulan ada typo awak jangan tegur okay ? Kalau awak tak faham buat buat faham je. Jangan menyesal aw. Sebab typo saya kronik sangat ! Saya harap awak boleh terima keburukan saya yang ini. Saya tidak sempurna seperti orang lain. Mungkin kesan daripada jari yang tembam ini saya sering sangat typo. 

ANAK

Awak, nanti kalau kita dah kahwin saya berharap sangat yang kita buat dua je. Nampak tak saya guna perkataan apa ? "BUAT" correct me if i'm wrong. Tapi betul lah, kalau nak anak kene buat. Dan saya nak dua je kay ! Kalau anak first lelaki, second mesti perempuan. Then kalau second laki lagi kita bagi la jiran ke sape ke. Sebab saya nak saorang laki sorang wanita. *Gelak besar* Gurau je la. Anak kalau boleh mesti lah nak ramai. Nanti tak de lah kita sunyi bila dah tua nanti. Tapi kalau dapat anak yang TAK KENANG BUDI. Memang busung perut dia. *evil*

MAKANAN

Awak soal permakanan saya ni sangat penting. Begitu banyak benda yang saya tak makan. Mak pesan "KALAU ISTERI DAH MASAK KITA MESTI, HARUS DAN WAJIB MAKAN" Isteri bukan lah orang gaji yang kita boleh arah arah untuk masak apa saja yang kita nak. Tetapi semntara awak belum jadi isteri ni awak ingat je ler saya tak makan apa okay ? Paling penting saya tak makan NASIK LEMAK. Kalau breakfast tu awak buat nasik lemak, memang terbalik meja makan tu. *EVIL EYES* Seram kan ? So jangan lah masak ! Pasal makanan awak kene tanya mak saya. Sangat penting ni. 

BLOG

I like women who has their own blog. Yes, aku suka perempuan berbelog. Sangat suka ! Kadang kadang kita ni tak berapa berani nak cakap depan depan. So one day kalau kita gaduh saya harap awak tulis di belog awak apa yang awak tak puas hati. Sekurang kurang nya saya tahu. 

Harta

Saya tak kisah sebenarnya awak ni kaya atau miskin. Sebab saya sebagai ketua keluarga yang sepatutnya sara awak. Kalau boleh saya tak nak awak kerja. Saya nak awak duduk rumah jadi suri rumah berjaya. Upah dia nanti malam bila anak anak dah tidur saya bagi lah okay :D. Awak tak payah kerja okayy ? Saya janji saya akan belajra dengan bersungguh sungguh mulai sekarang untuk mendapat kerja yang baik. Saya tidak akan sekali kali bagi awak rasa hidup susah. Cakap je nak apa. Nanti saya bagi. 

Perangai

For your information, saya ni seorang lelaki yang kuat merajuk dan senang marah.  Since kecik saya memang dah berperangai macam ni. Masa lahir dulu saya keluar dari perut mak bukannya nangis. Tapi say marah dokter tu sebab tak bagi saya susu *Penipuan besar* Saya suka benda comel. Macam girl sikit kadang kadang. Saya harap awak boleh terima kekurangan yang ada dalam diri saya ni.

Important things

Paling penting before tidur saya akan bagi Forehead kiss and other kiss :D. So i hope awak boleh terima. Lagi, saya akan sentiasa memegang tangan awak. Ke mana sahaja saya pergi saya nak kita pergi berdua while holding hand. Awak tahu tak kalau kita berpegangan tangan dosa dosa akan gugur satu persatu.


Saya rasa sampai sini je kot yang saya nak tulis. Kalau awak bakal isteri saya yang di carik. Sila reply apa yang saya tulis. Can you ? One day.. One day when a girl reply this belog. I think she is willingly want to marry me. At that time maybe aku ada kat Australia sedang belajar akaun. Hoho.

Yang Benar,
Muhammad Hafiz Bin Mohd Tuah bakal suami awak yang kacak dan bergaya *wink*


                                                                                                                            
                                                                                                                                 


3 Comments:

Blogger NABILAKHALIB said...

tenang lupa nak bagitahu bibi dia yang sardin merupakan benda haram untuk wujud dalam rumah mereka

25 June 2012 at 15:44  
Blogger Hafiz said...

Bibi ? haha. aah tertinggal di situ.. terlupa la bell :)

25 June 2012 at 15:56  
Anonymous Anonymous said...

hahahaha aku dah berguling gelak kat sini wehh :D hahahahaha

13 November 2013 at 22:42  

Post a Comment

Back to the Blog?

The Past
Home